“Jangan menangis bang” – Foto Niezam Zaidi Bersama Zara Zya Jadi Bualan Peminat, Ini Yg Mereka Perasan

Setelah kembali aktif dalam bidang lakonan pelakon Niezam Zaidi menjadi perhatian warganet apabila bakal tampil dalam drama baharu di TV3 kelak.
Menerusi perkongsian di Instagram, Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam Mohd Zaidi memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dia dan pelakon Zara Zya di set penggambaran.
Melihat kepada foto tersebut, Niezam tampil segak mengenakan sut gelap manakala Zara anggun berbusana merah jambu.
“Galeri kami. Azlan & Nadira #SegenapTakdir,” tulis Niezam.
Namun melihat kepada foto mesra itu, ramai yang meluahkan rasa teruja dengan pasangan drama tersebut. Malah ada juga yang berseloroh bahawa mereka nampak sangat sepadan bersama.
Difahamkan drama yang kini sedang menjalani penggambaran itu turut menampilkan ramai pelakon seperti Siti Khadijah Halim, Sharifah Shahora, Watie Sadali dan ramai lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Posting Komentar untuk "“Jangan menangis bang” – Foto Niezam Zaidi Bersama Zara Zya Jadi Bualan Peminat, Ini Yg Mereka Perasan"