Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Pemuda tawar diri jadi suami Puteri Sarah, tak sanggup lihat ‘bidadari’ sedih 😱 Salam Sol, kenalkan bakal suami Puteri Sarah. Aku akan pastikan dia bahagia.." - Pemuda 😍

Tindakan seorang pemuda kononnya menawarkan diri untuk berkahwin pelakon, Puteri Sarah Liyana mengundang perhatian warganet di aplikasi TikTok.

Ia susulan pelakon tersebut nekad bagi menuntut penceraian daripada suaminya, Syamsul Yusof selepas pengarah sensasi itu selamat menikahi seorang wanita bernama Ira Kazar.

Menerusi satu perkongsian video, pemuda dikenali sebagai Arif Izo itu memuat naik sekeping gambar Syamsul dengan permulaan kapsyen “Salam Solsekeping gambar Syamsul dengan permulaan kapsyen “Salam Sol”.

Video Player
00:00
00:18

Rakaman tersebut kemudian memperlihatkan dua keping gambarnya yang penuh bergaya sebelum meletakkan foto Puteri Sarah pula pada penghujung video 

Kenalkan bakal suami Puteri Sarah, aku akan pastikan dia bahagia. Takkan nak biarkan bidadari secantik ni sedih,” tulisnya baru-baru ini.

Meskipun sekadar gurauan semata-mata, orang ramai dilihat menyokong kenyataan pemuda berkenaan dengan menyifatkan dia dan Puteri Sarah seperti pasangan serasi.

Video Player
00:00
00:15

Pada masa sama, segelintir individu sempat memuji ketampanan pemuda itu sekali gus dibandingkan dengan wajah Syamsul 

Aduhh ni lagi kacak!

Ramai yang menunggu Puteri Sarah

Sesuai.. moga gurauan jadi kenyataan?

Jodoh tiada siapa tahu

Kami ‘luluskan’!

Terdahulu, tular sebuah video seorang wanita menggunakan nama akaun @mexxrenn_ menyatakan hasrat bagi menjadi isteri ketiga Syamsul sehingga turut mendapat pelbagai reaksi warganet.

Video Player
00:09
00:18
Setuju tak kalau saya ‘sondol’ Syamsul daripada Ira Kazar? Kau sabar jap Ira Kazar. Saya ‘on the way’ jadi bini nombor tiga Syamsul Yusof. Baru kau tahu macam mana rasanya laki kena rampas,” katanya.

Sumber:Oh my media

Posting Komentar untuk "Pemuda tawar diri jadi suami Puteri Sarah, tak sanggup lihat ‘bidadari’ sedih 😱 Salam Sol, kenalkan bakal suami Puteri Sarah. Aku akan pastikan dia bahagia.." - Pemuda 😍"