Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Penuntut UPSI maut, 4 rakan cedera kereta terbabas langgar pokok . KEADAAN kereta dinaiki lima penuntut yang terbabit kemalangan. FOTO Ihsan JBPM.

Behrang: Penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut selepas kereta pandunya dipercayai terbabas sebelum melanggar pokok di susur keluar Plaza Tol Behrang, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 2.55 petang itu, M Yoogavani, 20, meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi rakannya cedera.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, siasatan awal polis mendapati ketika kejadian kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan ke universiti berkenaan dari Batu Gajah, dekat sini.

"Kereta Honda City dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas di kanan jalan sebelum melanggar pokok.

"Akibat kejadian, Yoogavani meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala empat lagi rakan yang juga berusia 20 tahun cedera.

"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River (HSR) untuk rawatan lanjut," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Posting Komentar untuk "Penuntut UPSI maut, 4 rakan cedera kereta terbabas langgar pokok . KEADAAN kereta dinaiki lima penuntut yang terbabit kemalangan. FOTO Ihsan JBPM."