Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Semoga Sarah dilindungi Allah SWT dan mendapat umrah yang mabrur... Aamiin 🤲 Bini pertama pergi TanahSuci, Reaksi Bini muda pula tengah berseronok berdua jadi perhatian 😱😱

Hari ini, kita dapat melihat pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagramnya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah bagi mengerjakan umrah di tanah suci mekah.

Malah, kelibat suaminya iaitu Syamsul Yusof tidak kelihatan di sekitar KLIA tersebut sebaliknya hanya keluarga Puteri Sarah menemaninya ketika berada di lapangan terbang itu.

Namun begitu, baru-baru ini, menerusi hantaran di lG story Ira Kazar iaitu isteri kedua Syamsul Yusof, dia telah memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan sedang membakar marshmallow dengan seseorang.

Ira sengaja provok secara halus? Hantaran yang dikongsikan oleh isteri kedua Syamsul Yusof itu telah mendapat perhatian ramai dimana menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TkToknya, netizen mendakwa Ira sengaja membuat provokasi secara halus terhadap Puteri Sarah.

Bahagia lah Ira, hidup ini bagaikan roda. Kifarah itu ada. Dalam pada itu, ramai netizen yang meluahkan rasa kasihan terhadap nasib yang menimpa Puteri Sarah dan memberi peringatan kepada Ira Kazar bahawa kifarah itu wujud dan hidup ini bagaikan roda yang sedang berjalan.

Terdahulu, nama pelakon Puteri Sarah menjadi perhatian ramai gara-gara krisis yang melanda dalam rumah tangganya bersama dengan pengarah popular, Syamsul Yusof yang telah bernikah dengan seorang wanita bernama Ira Kazar.

 Malah, Puteri Sarah juga telah bernekad dengan memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah pada Isnin ini dan perkara tersebut disahkan sendiri oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakilinya.

Sumber : Oh my media

Posting Komentar untuk "Semoga Sarah dilindungi Allah SWT dan mendapat umrah yang mabrur... Aamiin 🤲 Bini pertama pergi TanahSuci, Reaksi Bini muda pula tengah berseronok berdua jadi perhatian 😱😱"