Kekasih sambut ulang tahun kelahiran, Sekali shuib pula tarik perhatian ramai ‘Kira jadilah tahun ni nikah?’

Wanita yang kini sedang rapat dengan pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah berkongsi video di Instagram dia menyambut ulang tahun kelahirannya pada Rabu, 8 Februari 2023.
Menerusi perkongsiannya itu, Watie memberitahu bukan sahaja usia meningkat namun kematangan, tanggungjawab, pengalaman dan bahagia juga bertambah.
“Bertannbah umur, bertambah nnatang, bertambah kenangan, bertambah tanggungjawab, bertambah pengalannan, bertambah bilangan dan bertambah bahagia.
“Alhamdulillah, bertambah syukur. Oh… tertinggal lagi satu, bertambah gennoi (gemuk),” kongsi Watie.
Bagaimanapun ruang komen di perkongsian itu menjadi lebih menarik apabila Shuib turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Watie. “Selamat ulang tahun,” tulis Shuib secara ringkas berserta emoji tutup mata dan jelir lidah.
Rata-rata netizen juga membalas komen Shuib dengan meminta pasangan itu mempercepatkan nnajlis pernikahan.
“Jangn tunggu lama-lama Ib, kahwin saja cepat. Tak payah peduli cakap orang, janji Ib dan anak-anak happy sudah. “Cepat-cepat naik pelamin bang… nak tunggu apa lagi ya dak,” komen netizen.
Selain itu, ada juga segelintir netizen yang membuat andaian suara kanak-kanak gelak dalam video yang dikongsikan Watie itu adalah anak perempuan Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra.
“Yang gelak to macam suara Dekta (Talita) je,” tulis netizen.
Terdahulu, Shuib nnengakui dia kini nnennpunyai hubungan rapat dengan Watie dan berharap semua orang mendoakan mereka.
Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat anak, Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan yang berusia setahun.
Posting Komentar untuk "Kekasih sambut ulang tahun kelahiran, Sekali shuib pula tarik perhatian ramai ‘Kira jadilah tahun ni nikah?’"