“Klau Sayang Suami jgn Trlalu Sayang..”Deep Nasihat Wawa Zainal Kepada Puteri Sarah?

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal punya pandangan tersendiri tentang nilai kasih sayang sesama manusia terutama suami. Kata Wawa, letakkan kasih sayang kepada Allah Maha Esa sebagai terutama berbanding suami.
“Makanya kalau sayang jangan terlalu sayang. Memanglah semua isteri terlalu sayang suami, tapi kena ingat, letak Allah nombor satu. Suami pinjaman.
“Selalulah berdoa kepada-Nya supaya Dia pinjamkan kesayangan kita yang satu ini hingga akhir hayat.”Berdoalah semoga kesayangan kita ini sentiasa cinta dan kasih pada kita,” kongsinya dalam foto bersama suami tercinta, Aeril Zafrel.
Wawa turut mengutuskan doa serta sokongan buat teman baiknya, Puteri Sarah Liyana yang kini sedang bergelut dengan kemelut rumah tangga bersama suami, pelakon dan pengarah sensasi Syamsul Yusof.
“Buat Puteri Sarah Liyana, kami selaku isteri-isteri seMalaya, we stand with you,” tegas Wawa.
Terdahulu, Syamsul pada Junnaat mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan telah selamat bernikah dengan wanita yang didakwa menjadi individu ketiga dalam rumah tangganya bersama Puteri Sarah iaitu Ira Kazar.
Turut tular gambar pernikahan Syamsul dan Ira termasuk Kazar yang menjadi wall kepada pasangan terbabit.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu.
Anda mungkin menyukai postingan ini
- “Aurora tldur atas lantai depan tandas..dia ugvt anak..dia tk boleh kawal saya trpaksa hubungi pihak..” 4bulan Tk bayar Nafkah, Diana Danielle dedah Farid Tiba2 berubah
- “Selagi Tak Berbogel, Tak Ada Isu Pun” – Aliff Syukri
- Hidayah Dakwa Dia & Anak Alami Gangguan Mistik Sejak Abam Meninggal, Buat Video Minta Bantuan Cari Pakar Perubatan Islam
- Innalillahiwainnailaihirojiun salam takziah Empat beradik ‘Pergi’ bersama, Ibu terkenang permintaan anak dihari raya buat ramai sebak , Al fatihah 🤲😭
Posting Komentar untuk "“Klau Sayang Suami jgn Trlalu Sayang..”Deep Nasihat Wawa Zainal Kepada Puteri Sarah?"