Rindu Puteri Sarah? Syamsul Yusof ‘Throwback’ Video Cuti Bersama
Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya Syamsul Yusof masih menjadi bualan apatah lagi 7 Mac depan merupakan hari sebutan kes perceraian yang telah difailkan aktres itu.
Terbaru, Syamsul dilihat ada memuat naik video throwback kenangan sewaktu bercuti di Jepun bersama isterinya serta anak mereka, Syaikhul ketika itu masih kecil.
BACA: Puteri Sarah Tunjuk Reaksi ‘Jengkel’ Andai Dapat Tahu Suami Masih Rindukannya
Menerusi video itu, turut ditulis kapsyen berbunyi, ‘The most beautiful memories’. Kelihatan Syamsul dilihat gembira di meja makan di sebuah restoran.
Video berkenaan seolah memberi bayangan Syamsul sedang rindukan isteri pertama serta kenangan mereka bersama.
Malah, lagu Aku Masih Sayang dari kumpulan popular Indonesia ST12 turut menjadi muzik latar video tersebut. Bagaimanapun, Syamsul bertindak menutup ruangan komen video berkenaan daripada umum.
Posting Komentar untuk "Rindu Puteri Sarah? Syamsul Yusof ‘Throwback’ Video Cuti Bersama"