Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Baju rona kulit melekap di badan buat ramai terbungkam, netizen doa Little Miss Khan kembali pada fitrah

Ameera sekali lagi mendapat perhatian ramai.

TINDAKAN personaliti media sosial iaitu Ameera Khan atau mesra disapa Little Miss Khan berkongsi foto berpakaian seksi ketika berada di Paris sekali lagi mengundang kecaman warganet.

Menerusi salah satu perkongsian di Instagram, Ameera, 23, berkongsi gambar memperlihatkan dia menggayakan pakaian berona kulit yang melekap sekali gus menampakkan sosok tubuhnya.

Ameera memadankan baju turtle neck itu dengan sepasang seluar berwarna merah jambu.

Difahamkan, influencer itu berada di Paris bagi menghadiri sebuah acara fesyen anjuran jenama terkenal, Diptyque.

Ameera ditegur kerana berpakaian seksi.

Dengan kapsyen 'Paris you're so cute', hantaran itu bagaimanapun menerima komen negatif netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pakaian yang digayakannya.

Ramai berpendapat imej yang dibawa oleh adik kepada selebriti Neelofa itu tidak sesuai memandangkan dia baharu sahaja pulang dari mengerjakan umrah.Baju rona kulit melekap di badan buat ramai terbungkam, netizen doa Little Miss Khan kembali pada fitrah

Posting Komentar untuk "Baju rona kulit melekap di badan buat ramai terbungkam, netizen doa Little Miss Khan kembali pada fitrah"