Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa, Syifa Melvin Bahagia Di Bangkok
Memetik Harian Metro, Syifa berkata sudah pasti dia mahukan anak dan mengharapkan doa yang baik-baik untuk rumah tangganya serta berkongsikan berat badannya kini bertambah.Siapa kahwin tak mahu anak kan? Insya-Allah ada rezeki, adalah. Doakan yang baik-baik. Banyak perubahan selepas berkahwin. Tanggungjawab pun bertambah serta berat badan saya pun makin bertambah sebab bahagia kot,” katanya.
Dalam pada itu, Syifa yang kini menetap di Bangkok, Thailand menemani suaminya yang bermain untuk kelab Ratcaburi FC memberi fokus pada tugasnya sebagai isteri.
“Kehidupan di Bangkok okay sebab saya dengan suami saja. Memang 100 peratus saya beri perhatian pada dia saja. Di sana memang saya betul-betul jadi suri rumah sepenuh masa.Tempat kami duduk itu pun susah nak cari makanan halal, jadi memang setiap hari saya akan memasak dan saya okay saja sebab gemar memasak,” katanya.
Posting Komentar untuk "Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa, Syifa Melvin Bahagia Di Bangkok"