Jadikan Sarah sebagai musvh? Ini Reaksi Ibu bila Syamsul memperkenalkan isteri baru beliau

Ibu mentua Puteri Sarah, Datin Patimah Ismail diketahui sangat menyayangi menantu dan cucu-cucunya. Beliau sebelum ini lantang bersuara dan sentiasa menyokong segala tindakan Puteri Sarah di saat rumah tangga dilanda masalah.
Ibu Syamsul Yusof ‘belum siap kehilangan’ menantu dan cucu. Terbaru, menerusi Instagram story Datin Patimah ada berkongsi gambar Puteri Sarah bersama Syaikhul dan Sumayyah berlatar belakangkan lagu bertajuk ‘Belum Siap Kehilangan’.
Jangan jadikan takdir sebagai alasan. Tanpa menyebut nama, beliau menasihati supaya tak menjadikan isteri sendiri sebagai musuh. Yang sepatutnya dijadikan musuh pula diangkat sebagai isteri.
Katanya lagi, penyondol memang terbukti bersalah kerana merampas suami orang dan tak sepatutnya menjadikan takdir sebagai alasan.
Seperti diketahui ramai, sebutan kes permohonan cerai Puteri Sarah terhadap Syamsul telah ditetapkan pada 7 Mac depan, sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 9 tahun.
Sebelum ini, Syamsul Yusof menegaskan dia tidak berniat sama sekali untuk membelakangkan ibu dan ayahnya susulan pernikahan keduanya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar di Thailand.
Menurut laporan Harian Metro, dia mengakui keputusannya itu tidak mudah untuk diterima oleh kedua orang tuanya naun, dia percaya satu hari nanti segalanya akan berbaik seperti sedia kala.
“Saya sudah menonton video tangisan ayah dan saya sudah membaca komen-komen mama menerusi media sosial. Saya tidak pernah berniat untuk membelakangkan ayah dan mama.
“Saya sedar keputusan saya ini tidak mudah mereka terima. Namun, seperti saya kata tadi ia adalah mengenai masa. Saya berdoa agar masa mengubat kami semua,” ujarnya.
Tambah pengarah yang berusia 38 tahun itu lagi, dia akan sedaya upaya untuk memujuk hati ibu dan ayahnya walaupun mengetahui ia bukanlah satu perkara yang mudah.
Posting Komentar untuk "Jadikan Sarah sebagai musvh? Ini Reaksi Ibu bila Syamsul memperkenalkan isteri baru beliau"