Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Kenapa Ayah pilih perempuan jaha.t?” Tk cukup dgn itu Shuhada Trkejut ini yg keluar dari mulut Anaknya

Sedia maklum, masalah rumah tangga yang dihadapi oleh pelakon Hafidz Roshdi serta isteri, Nurul Shuhada boleh dikatakan agak teruk hingga pelakon tersebut didakwa menumbuk Shuhada akibat hilang sabar.

Terbaharu, Shuhada atau mesra disapa sebagai Shu ada memuat naik hantaran status di Instagram Story memaparkan perbualannya bersama anak perempuan, Humairah.

Melalui perkongsiaan itu, Humairah meluahkan rasa sedih kerana abahnya lebih memilih wanita lain daripada keluarga sendiri.

Bukan saja berasa sedih, malah anak kecil itu juga berasa hairan dan terfikir-fikir kenapa Hafidz lebih memilih Athira yang juga digelarkan sebagai perempuan jahat.

Ibu, kenapa abah tak choose sister, Umar and ibu? Kenapa abah choose bad girl?

Susulan tahu anak berasa sedih atas situasi yang berlaku, Shu menjelaskan bahawa dia akan sentiasa bersama dengan kedua-dua anaknya walau apapun yang berlaku.

Sekadar info, Shuhada ada memuat naik hantaran bahawa dirinya berasa kecewa kerana dikhianati oleh keluarga mentua yang membenarkan Hafidz untuk berkahwin dengan Athira tanpa pengetahuannya.

Terdahulu, Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi rezeki bersama isteri pelakon kontroversi Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dengan melantik wanita tersebut sebagai duta koleksi hijab jenamanya AS Hijab.

Aliff atau nama penuhnya Aliff Syukri Kamarzaman berkata, dia cuba membantu wanita berusia 29 tahun itu meringankan beban sekali gus meneruskan kehidupan selepas melalui episod duka dalam rumah tangga.

“Saya juga tahu Shu struggle demi mencari rezeki dan saya juga berkongsi rezeki untuk membantu beliau menjadi duta saya @as.hijabofficial. Mudahan sedikit sebanyak dapat membantu Shu teruskan kehidupan,” tulisnya.

 

Usahawan berusia 36 tahun itu berkongsi perkara demikian menerusi sebuah posting berbentuk video di laman Instagram miliknya sebenar tadi.

Pada masa sama, Aliff dilihat cuba memahami isi hati ibu kepada dua cahaya mata itu berhubung konflik rumah tangga dihadapi sehingga menerima 10 jahitan pada bahagian wajah akibat ditumbuk berkali-kali oleh Hafidz.

“Hari ni pertama kali saya jumpa @shushukriii. Riak wajah dia nampak sedih dan memendam. Saya cuba menyelami apa dia rasakan, dan pada saya jika masih boleh diselamatkan rumah tangga mereka alangkah lebih baik,” katanya.

 

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan Nurul Shuhada duduk sambil menangis teresak-esak mengenang kesusahan serta kesenangan dilalui bersama suami sepanjang mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, ramai tumpang gembira apabila Nurul Shuhada dan anak-anaknya menjayakan ‘shooting’ atau penggambaran selepas menerima tawaran sebagai model bagi satu jenama fesyen muslimah terkenal.

Posting Komentar untuk "“Kenapa Ayah pilih perempuan jaha.t?” Tk cukup dgn itu Shuhada Trkejut ini yg keluar dari mulut Anaknya"