“Lepaskan Wanita Hebat Ni Demi Budak..” Individu ini dedah Syamsul keruglan sebab ini

Setelah pelakon serta pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengumumkan sudah berkahwin kali kedua bersama Ira Kazar, netizen kebanyakannya akan membandingkan dengan isteri pertama iaitu Puteri Sarah. Tidak kira dari segi cara hidup, penampilan serta fesyen yang dipakai, pasti akan ada saja netizen yang membezakan-bezakan dua pihak ini.
Baru-baru ini, Sarah ada berkongsikan satu video belakang tabir di laman Instagram seperti sedang mempromosikan satu produk dan kelihatan pelakon itu jelita memakai baju kebaya tradisional serta tudung sulam berwarna merah. Ramai netizen berasa terpegun melihat kecantikkan serta kemanisan Sarah di dalam video tersebut. Bukan itu saja, netizen turut berseloroh mengatakan ‘saham’ pelakon itu pasti akan meningkat setelah dirinya berpisah dengan Syamsul pada 18 April nanti.
Dalam pada itu, netizen seakan-akan tertanya bagaimana Syamsul boleh terpikat dengan isteri keduannya sedangkan isteri pertama punya kecantikkan tidak terkata. Bukan kaum lelaki saja jatuh cinta melihat video berkenaan, malah kaum wanita turut ‘cair’ melihat keanggunan Sarah memakai baju ala tradisional itu.
Setelah sekian lama tidak melihat Syamsul Yusof dan Puteri Sarah berbual mesra serta gelak ketawa, semalam, merupakan kali pertama mereka terlihat mesra di hadapan kamera. Walaupun sudah berbaik, ramai juga menghujani ruangan komen Puteri Sarah di Instagram bertanyakan soal samannya terhadap isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar diteruskan ataupun tidak.
Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata itu, saman terhadap Ira serta keluarganya akan tetap diteruskan dan diperjuangkan. Malah, Sarah juga kelihatan tegas dan yakin sewaktu menjawab pertanyaan seorang pengikutnya di platform tersebut. Komen dari warganet.
Keputusan Sarah tetap mahu menyaman Ira Kazar serta keluarga sememangnya disokong warganet dan kebanyakannya berharap agar wanita tersebut mendapat balasan atas segala perkara yang sudah dilakukan olehnya kepada pelakon tersebut. Sekadar info, Puteri Sarah sebelum ini ada memfailkan saman terhadap Ira Kazar kerana telah menganggu ketenteramannya sepanjang mendirikan rumah tangga bersama Syamsul Yusof.
Selepas selebriti Neelofa memberi pandangan mengenai situasi rumah tangga yang dihadapi oleh pelakon Puteri Sarah selama mereka kenal, kini giliran isteri pelakon Nazrief Nazri iaitu Aizatul Aqma pula berkongsikan pandangannya.
Melalui status yang dibuat olehnya di Instagram itu, beliau berkata sudah pernah memberi cadangan kepada Sarah untuk menyaman pihak ketiga terbabit, namun jawapan yang diberi oleh Sarah meninggalkan kesan kepadanya.
Aku bukan tak nak saman, tapi nanti aku saman siapa nak bayar? Perempuan tu tak kerja plus bapak dia ada sakit. Jawapan yang diberikan oleh Sarah seperti yang tertera di atas ini sememangnya membuatkan Aizatul merasakan Sarah memang seorang yang mempunyai hati yang sangat baik dan sering menjaga hati orang lain.
Dalam pada itu, dia turut berkata dia tidak boleh bayangkan jika berada di tempat Sarah dan tidak mungkin boleh jadi sekuat serta sesabar wanita terbabit. Sekadar info, beberapa hari lalu Puteri Sarah telah memfailkan tindakan undang-undang kepada Ira Kazar kerana telah menganggunya untuk jangka masa yang lama sebagai ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya.
Sumber : Beautifulnara
Posting Komentar untuk "“Lepaskan Wanita Hebat Ni Demi Budak..” Individu ini dedah Syamsul keruglan sebab ini"