Puteri Sarah Mahu Kelihatan Cantik Di Mata Orang Yang Tepat, Peminat Doa Bertemu Jodoh Seusai Lafaz Talak Besok!
Puteri Sarah Mahu Kelihatan Cantik Di Mata Orang Yang Tepat, Peminat Doa Bertemu Jodoh Seusai Lafaz Talak Besok!
Umum mengetahui urusan jodoh adalah rahsia ALLAH SWT dan setiap orang pasti mengimpikan untuk mendapat pasangan yang baik serta tepat dalam kehidupannya.
Bagi mendapatkan pasangan yang terbaik, pelbagai usaha akan dilakukan oleh individu itu dan antara senjata utama bagi setiap Muslim ialah memohon doa kepada yang Maha Esa.
Malah, ada juga yang berkongsi amalan doa tertentu untuk mendapatkan pasangan hidup yang sesuai seperti doa Nabi Musa dan Nabi Yusof.
Namun bagi pasangan yang sudah berkahwin, tiada siapa pun yang mahu rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian.
Bagaimanapun, andai jalan itu merupakan penyelesaian terakhir, tiada masalah berbuat demikian meskipun perceraian sesuatu yang tidak disukai dalam Islam.
Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon Puteri Sarah ada berkongsi gambar dengan kapsyen seolah-olah dirinya mahu kelihatan cantik pada mata orang yang tepat.
“Kamu cantik dimata orang yang tepat. Tetaplah menjadi dirimu sendiri, bukan menjadi dirimu yang dinginkan oleh orang lain. Kelebihan dan kekuranganmu adalah keistimewaan yang patut dihargai.” – Tulis Sarah
Sudah menjadi perbahasan umum mengenai kisah rumah tangganya yang kini meniti di hujung jalan apabila perkahwinan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan suaminya, Syamsul Yusof akan menemui titik perakhiran pada 18 April ini.
Posting Komentar untuk "Puteri Sarah Mahu Kelihatan Cantik Di Mata Orang Yang Tepat, Peminat Doa Bertemu Jodoh Seusai Lafaz Talak Besok!"