innalillahi,Khabar pilu dari pelakon terkenal Majed Saleh (baca artikel penuh)
Jantung tersumbat, keadaan Majed Saleh agak kritikal
KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan pengarah dan pelakon Majed Saleh yang dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Hospital Selayang akibat masalah lemah jantung sejak seminggu lalu menunjukkan perkembangan positif.
Berkongsi perkara itu, isterinya, Nur Shida Mohd Zikir memaklumkan pernafasan suaminya semakin lancar dan sudah boleh bercakap tanpa tersekat-sekat.
"Selepas doktor mengepam air dalam paru-paru barulah pernafasan suami menjadi lancar. Jika tidak nak bernafas pun tercungap-cungap. Suara tersekat-sekat bila bercakap.
"Meskipun kelihatan stabil, namun keadaan jantungnya masih lemah dan itulah yang merisaukan kami.
"Buat masa ini, kami masih menunggu pengesahan hospital untuk membuat pembedahan memasukkan alat perentak jantung.
"Menurut doktor, kaedah ini paling sesuai dan kurang risiko berbanding prosedur 'stent' atau pembedahan pintasan jantung yang sangat tinggi risiko," katanya kepada
Terdahulu, keadaan Majed dilaporkan kritikal apabila fungsi jantungnya tinggal 25 peratus sahaja.
Nur Shida berkata, berdasarkan informasi yang diberikan, pengarah dan pelakon drama rantaian popular, Gerak Khas dan Metro Squad ini akan menjalani prosedur itu di Hospital Serdang pada Julai depan.
"Sepatutnya hari ini saya akan mengadakan pertemuan dengan hospital dan pertubuhan bukan kerajaan yang akan membantu menampung kos pembedahan.
"Kos pembedahan dianggarkan sebanyak RM50,000 dan akan dilakukan di Hospital Serdang memandangkan ada ramai pakar jantung.
"Apapun, saya masih menunggu pengesahan hospital berhubung prosedur yang bakal dijalankan itu," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Nur Shida turut meluahkan rasa terharu dan merakamkan ucapan terima kasih kepada penggiat seni yang prihatin dengan keadaan suaminya itu.
"Selepas berita suami sakit tersebar, ramai penggiat seni datang menziarah dan bertanya khabar termasuk Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Datuk Yusof Haslam.
"Sebelum ini, suami agak keberatan menghebahkan kepada rakan kawan kerana bimbang tak dapat 'job' setiap kali dimasukkan ke hospital.
"Keadaan sama berlaku kepada Allahyarham Ridzuan Hashim yang terpaksa merahsiakan penyakitnya demi mencari rezeki.
"Bila ramai yang tahu situasi sebenar, ramai yang menghubungi dan melawatnya di hospital. Jadi saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, doa yang dititipkan dan bantuan diberikan," ungkapnya.
Sementara itu, Nur Shida turut menghantar video suaminya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat terhadap dirinya.
"Assalamualaikum semua. Kepada rakan artis, TikTok dan semua yang selama ini mengambil berat dan mendoakan kesihatan saya di hospital yang mempunyai masalah jantung.
"Walaupun agak kritikal sakit saya, tetapi dengan rawatan yang ada, sesak nafas semakin berkurangan.
"Namun, jantung saya masih tersumbat. Insya-Allah, dalam tempoh dua bulan bila sudah dimasukkan bateri.
"Apa yang penting, doa rakan-rakan banyak membantu saya, beri sokongan moral. Saya nak ucapkan terima kasih.
"Semoga Allah sahaja yang membalas jasa baik anda semua," kata Majed yang kelihatan cukup bersemangat melawan penyakitnya.
Posting Komentar untuk "innalillahi,Khabar pilu dari pelakon terkenal Majed Saleh (baca artikel penuh)"