Perancangan kahwin Athirah, Hafidz Roshdi bakal umum selepas sah cerai
PELAKON Hafidz Roshdi memberitahu dia bakal berkongsi mengenai status hubungan serta perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita dikenali sebagai Athira Yuhada.
Hafidz atau nama sebenar Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, bagaimanapun berkata perkara itu hanya akan diumumkan selepas dia selesai prosiding penceraian dengan isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri.
"Sekarang masih di bawah perbicaraan kes mahkamah, saya pun tak boleh nak cakap apa-apa lagi.
"Pengakuan untuk dia (hubungan), saya akan buat selepas bercerai. Buat masa ini no komen! Itu di bawah perbincangan nantilah," katanya pada mStar.
Hafidz bakal umum pasangan baharu selepas bercerai.
Hafidz ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu, Selangor bagi prosiding pertuduhan mencederakan isterinya pada pagi Jumaat.
Menjawab tuduhan netizen dia berperwatakan seperti orang kurang waras atau psiko, Hafidz berkata dia memilih untuk tidak menghiraukan komen berkenaan.
"Saya tak baca komen di media sosial dan saya tak ambil peduli langsung, minta maaf ya," jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi disahkan waras, kes cederakan isteri boleh diteruskan
ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi tenang, berkopiah hadir mahkamah bagi sebutan kes cederakan isteri
Dalam pada itu, Hafidz memberitahu dia berasa lega kerana diberikan kesempatan bertemu anak-anaknya iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Hafidz bagaimanapun memaklumkan sehingga kini dia tidak bertemu atau berhubung dengan Shuhada dan segala urusan melalui peguam saja.
"Alhamdulillah... Saya ada berjumpa dengan anak-anak sebelum ini.
Athira wanita yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan Hafidz.
"Saya juga tidak bertemu dengan dia langsung buat masa ini. Semuanya melalui peguam," jelasnya.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.
Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.
Posting Komentar untuk "Perancangan kahwin Athirah, Hafidz Roshdi bakal umum selepas sah cerai"