Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

innalillahiwainnailaihirajiun Khabar duka dari pelatih bola Malaysia Sathianathan meninggal dunia

Kuala Lumpur: Arena bola sepak negara diselubungi duka apabila dikhabarkan bekas pengendali skuad Harimau Malaya B Sathianathan baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Situasi terbabit disahkan Pegawai Media Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Christopher Raj.

"Berehatlah dengan aman, Anna. Anda telah berjuang dengan baik," tulis Chris ringkas dalam ciapannya mengenai pemergian Sathia di Twitter.

Chris ketika dihubungi mengesahkan pemergian bekas pemain bola sepak itu pada jam 1.25 petang tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Mengikut rekod, pada musim lalu jurulatih berpengalaman itu terpaksa berehat seketika daripada bola sepak bagi menjalani rawatan kesihatan selepas dinasihatkan oleh pegawai perubatan.

Mendiang yang juga bekas pengendali Sarawak United sering menjadi rujukan kepada pengamal media membabitkan isu semasa yang melanda arena bola sepak tanah air.

Berdasarkan profil Sathianathan, beliau mula berjinak dalam dunia kejurulatihan pada 1992 apabila membimbing Negeri Sembilan dalam saingan Piala Emas.

Seterusnya mendiang menyertai FAM apabila menjadi penolong jurulatih skuad Olimpik negara dari 1997-1999 dan 2002-2004.

Kemuncak kariernya sudah pasti ketika dilantik sebagai pengendali skuad Harimau Malaya 2007-2009 selain sebelum itu turut melatih skuad B-23 tahun negara dengan berjaya menghadiahkan kejuaraan antarabangsa apabila menjuarai Pestabola Merdeka pada 2007.

Dalam saingan Liga M, bekas pemain negara itu turut cemerlang membawa beberapa pasukan termasuk Kelantan dengan menjuarai Piala Malaysia pada 2010, Angkatan Tentera Malaysia (juara Liga Perdana 2012), Felda United (juara Liga Perdana 2018).

Selain itu, beliau turut dinobatkan jurulatih terbaik sebanyak tiga kali (2010, 2012, 2017) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan.


Posting Komentar untuk "innalillahiwainnailaihirajiun Khabar duka dari pelatih bola Malaysia Sathianathan meninggal dunia"