Suami Salamiah Hassan meninggal dunia akibat kanser

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Salamiah Hassan, 71, terpaksa bergegas pulang ke Tasmania, Australia sebaik dimaklumkan suaminya, Gerald Hughes, 68, meninggal dunia akibat kanser pada malam Khamis lalu.
Menurut anaknya, Atilia Haron, 48, Salamiah sebelum ini berada di ibu negara selama dua minggu untuk memenuhi undangan nyanyian.
“Kami harap semua pihak dapat memberikan masa untuk kami menerima berita pemergian yang mengejutkan ini. Al-Fatihah,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Ditanya mengenai keadaan Salamiah, Atilia akur, ibunya sedang bersedih dan berharap diberikan ruang untuk melalui situasi duka itu.
“Tentu sekali dia sedang bersedih,” katanya ringkas.
Salamiah Hassan melangsungkan pernikahan dengan Gerald di Tasmania pada 1 September lalu.
Salamiah dan Hughes telah lama mengenali antara satu sama lain sebelum mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Difahamkan, mereka juga menjalinkan hubungan cinta secara on and off dan Hughes telah beberapa kali melamarnya.
Namun, serangan Covid-19 telah merapatkan semula hubungan mereka sehingga membuka hati Salamiah untuk menerima lamaran Hughes.
Anda mungkin menyukai postingan ini
- Depan abg2 aku, aku talakkan isteri sbb dia buat air x sedap ikut selera ‘keturunan’ kami. Sejak itu aku hairan isteri menghilang diri bersama anak.
- “Jangan Senang Melabel Saya ‘Hipokrit’ Hanya Kerana Saya Berhijab Ke Majlis Tertentu” – Fasha Sandha
- Video “Nak main lagi, bawak lαju2?..” Sekali Ini Respon Aafiyah Kepada Tokti Cuit Hαti Rαmαi
- Kalau kata saya mati sebab ini, saya…” – Selain garam, ada lagi yg meng3rikn Ali Puteh jumpa, slps kakak iparnya dtg rumah.
Posting Komentar untuk "Suami Salamiah Hassan meninggal dunia akibat kanser"